KMJG Mampu Bangkit Semangat Cintakan Negara

KMJG Mampu Bangkit Semangat Cintakan Negara

0
SHARE
Kmjg
Alexander (dua kanan), Jainisah (kanan) bersama dif kehormat mengibarkan Jalur Gemilang pada majlis tersebut ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

SEMPORNA, SABAH – Program Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) mampu membangkitkan semangat cintakan negara.

Konvoi yang memasuki hari ke-11 tersebut menjadikan daerah Semporna sebagai persinggahan ke-33 dan merupakan daerah ke-17 setelah melalui jarak perjalanan sejauh 1,042 KM.

Pegawai Daerah Semporna, Alexander Liew berkata penganjuran KMJG merupakan program terbaik Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) yang mampu membangkitkan semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat.

“Sudah semestinya, KMJG ini akan terus dilaksanakan kerana ia satu program yang membangkitkan jiwa kemerdekaan dalam kalangan rakyat negeri Sabah dengan pengisian program-program bersifat mencintai negara,” katanya ketika ditemui media dalam Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 Peringkat Daerah Semporna, pada Ahad.

Konvoi KMJG 2024 menerima sambutan menggalakkan di hentian tersebut dengan kehadiran masyarakat awam seawal pagi sama seperti sambutan sebelum ini.

Alexander turut memaklumkan telah banyak bendera dinaikkan oleh jabatan-jabatan kerajaan dan premis-premis menunjukkan semangat patriotik yang sangat tinggi dan menjadi satu kebanggaan.

Beliau juga bersemangat menjayakan Flag Off melepaskan peserta konvoi KMJG yang diketuai oleh Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor sebelum meneruskan perjalanan ke daerah Kunak. — JABATAN PENERANGAN SABAH