SEMPORNA, SABAH – Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Mohamad Mentek berkata Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) akan mempermudahkan penyampaian dasar kerajaan kepada rakyat.
Jelas beliau, KKM dapat mengatasi masalah kekurangan sumber manusia dalam usaha menyalurkan maklumat ataupun penerangan sesuatu isu kepada masyarakat.
Mohamad ditemui dalam Majlis KSU Bersama KKM anjuran Pejabat Penerangan Daerah Semporna yang dihadiri oleh sembilan komuniti dari Senallang, Bugaya dan Sulabayan.
Hadir sama dalam majlis tersebut Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) K-KOMM Mastura Ahmad Mustafa, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Mazlan Abd Mutalib, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Sukari Ab Hamid





