KPDNHEP Sandakan Tumpaskan Kegiatan Penyelewengan Minyak Bersubsidi

KPDNHEP Sandakan Tumpaskan Kegiatan Penyelewengan Minyak Bersubsidi

0
SHARE

SANDAKAN, SABAH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Sandakan merampas sebanyak 436 kotak bersamaan dengan 7,412 kilogram minyak masak paket satu kilogram bersubsidi pelbagai jenama, lima tangki putih berisi dalam anggaran 7,500 kg, lapan gelen pelbagai warna berisi minyak masak bersamaan 136 kg dimana jumlah keseluruhan minyak masak yang dirampas adalah sebanyak 15,048 kg dalam serbuan di sebuah rumah tanpa nombor di Kg Jawa 2, Batu 12, Jalan Sin Kee, sini pada Rabu.

Serbuan ke atas premis yang disyaki melakukan penyelewengan minyak masak paket satu kilogram bersubsidi dilakukan pada pukul 7.30 malam oleh sepasukan pegawai penguat kuasa yang diketuai sendiri oleh Ketua Cawangan KPDNHEP Sandakan.

Menurut Ketua Cawangan, Azdy Zukkry John, serbuan tersebut adalah hasil risikan selama satu minggu berhubung kegiatan itu.

“Semasa serbuan dijalankan, tiada individu yang berada di tempat kejadian…

Azdy memeriksa kilang pembungkusan semula minyak bersubsidi yang dipercayai menyeleweng komoditi terbabit…

“Berdasarkan keterangan awal, premis tersebut tidak mempunyai kebenaran dan sebarang lesen yang sah untuk menyimpan barang kawalan di lokasi Berkenaan.

“Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP kemudian bertindak menyita 15,048 kilogram minyak masak bersubsidi dengan nilai rampasan RM 37,620,” jelasnya.

Kes terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan tujuan untuk melakukan kesalahan yang dibaca bersama Peraturan 3(1) PeraturanPeraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana menjalankan urus niaga barang kawalan tanpa lesen. Siasatan juga akan dilakukan di bawah Seksyen 20(1) akta sama kerana menyimpan barang kawalan di tempat yang tidak mendapat kebenaran pengawal.

Azdy berkata, di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122), mana-mana individu yang disabit dengan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagi syarikat pula sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM2 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta…

“Para pemilik kilang membungkus semula (Repacker) minyak masak bersubsidi juga adalah diingatkan agar tidak menjual minyak masak paket satu kilogram bersubsidi kepada pembeli yang tidak memiliki sebarang kebenaran bertulis daripada KPDNHEP dan pihak Kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang tidak mematuhi undang-undang serta peraturan yang telah ditetapkan,” tegasnya.

Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Sandakan akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan ke atas semua kegiatan berkaitan minyak masak paket satu kilogram bersubsidi agar tidak berlaku sebarang bentuk penyelewengan terhadap barang kawalan berkenaan.