KPT Sumbang 3,000 Kotak Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Pantai Timur Sabah

KPT Sumbang 3,000 Kotak Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Pantai Timur Sabah

0
SHARE

SANDAKAN, SABAH – Sebanyak 3,000 kotak bantuan makanan disampaikan kepada mangsa banjir di Pantai Timur Sabah menerusi program UMS-KPT Prihatin baru-baru ini.

Penyampaian bantuan disempurnakan Menteri Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia Datuk Seri Noraini Ahmad semasa kunjungan ke Fakulti Pertanian Lestari (FPL) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sandakan.

Ia turut disaksikan Ketua Setiausaha (KSU) KPT, Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Timbalan KSU KPT, Dr. Mohd Zabri Yusoff, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan, dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi KPT, Dato’ Profesor Dr. Husaini Omar.

Simbolik gimik perasmian tapak Masjid FPL. Turut kelihatan Rahman Dahlan…

Hadir sama, Naib Canselor UMS Prof. Datuk ChM. TS. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, dan Dekan FPL UMS, Prof Madya Dr. Azwan Awang.

Dalam pada itu, Noraini turut menyempurnakan gimik pecah tanah masjid dan membuat tinjauan tapak cadangan Dewan Kuliah Pusat FPL UMS.

Menurut kenyataan FPL, pembinaan masjid akan dimulakan tahun ini dengan kos sebanyak RM5 juta.

Noraini meninjau tapak cadangan pembinaan Dewan Kuliah Pusat FPL UMS…

“Sementara itu, kos anggaran bagi cadangan pembinaan Dewan Kuliah Pusat ialah sebanyak RM55 juta.

“Dewan tersebut dijangka mampu memuatkan 1,000 pelajar dalam satu-satu masa,” demikian menurut kenyataan itu hari ini.