Lee Zii Jia Tempah Tiket Ke Final Kejohanan Badminton Asia (BAC)

Lee Zii Jia Tempah Tiket Ke Final Kejohanan Badminton Asia (BAC)

0
SHARE

PUTRAJAYA – Pemain badminton nombor tujuh dunia, Lee Zii Jia telah berjaya menempah tiket ke final Kejohanan Badminton Asia (BAC).

Beliau tidak berdepan sebarang masalah untuk meneruskan momentum kemenangan apabila berjaya menumbangkan pemain baru dari China, Weng Hong Yang 21-11, 21-19 dalam pertarungan yang memakan masa 39 minit.

Namun, cabaran sebenar menanti Zii Jia nanti di pentas final BAC esok apabila dia akan berdepan pemain pilihan keempat dari Indonesia, Jonatan Christie yang sebelum ini menyingkirkan Liew Daren di pusingan kedua.

Berdasarkan rekod pertemuan sebelum ini, Zii Jia berjaya memadam rekod kekalahan ke atas Jonatan selepas berjaya menewaskannya buat kali pertama di Kejohanan Seluruh England 2020…

Empat pertemuan sebelum ini tidak pernah menyebelahi Zii Jia tidak kira sama ada kejohanan Siri Super mahupun di pentas lebih besar seperti Piala Thomas.