Lelaki Cedera Selepas Kenderaan Terbabas Di Jalan Gaya Kota Kinabalu

Lelaki Cedera Selepas Kenderaan Terbabas Di Jalan Gaya Kota Kinabalu

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang lelaki cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas sendiri di bahu selekoh Jalan Gaya tengah hari tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah melaporkan mangsa berusia 38 tahun bertindak keluar dari Toyota Hilux terlibat sebelum kehadiran pasukan penyelamat.

Katanya mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital dalam insiden 2.50 petang itu sedang hujan lebat turun di sekitar bandaraya ini.

“Operasi ditamatkan pada jam 3.20 setelah memastikan tiada kemerbahayaan lain,” katanya.

Dalam kes kemalangan berasingan awal, sebuah lori turut terbabas dan terbalik dalam sebuah parit di Jalan Tuaran, Menggatal.

Balai Bomba dan Penyelamat Lintas menerima panggilan kecemasan pada jam 6.47 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lintas, PKPgB Agustavia Joe Guasi berkata seorang penumpang lelaki berumur 39 tahun cedera di bahagian muka dan kepala.

“Manakala si pemandu, juga seorang lelaki berumur 32 tahun mengalami cedera ringan. Kedua-dua dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 2 untuk rawatan,“ katanya.

Menurutnya mangsa terlibat diberikan rawatan oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke Hospital dan operasi ditamatkan pada jam 7:17 pagi.