Lelaki Maut Cuba Tawan Gunung Kinabalu

Lelaki Maut Cuba Tawan Gunung Kinabalu

0
SHARE
Pasukan MOSAR, anggota Taman-Taman Sabah dan Malim Gunung memberi bantuan pernafasan kepada mangsa. - Foto Ihsan Bomba Sabah...

RANAU, SABAH – Seorang lelaki berumur 51 tahun disahkan maut oleh petugas kesihatan selepas pengsan di kilometer 3.2 laluan mendaki ke puncak Gunung Kinabalu.

Kejadian kira-kira 1.20 tengah hari tadi (Ahad) dilaporkan oleh malim gunung kepada Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR),

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata tindakan awal pasukan MOSAR, anggota Taman-Taman Sabah dan Malim Gunung adalah untuk memberi bantuan pernafasan.

“Mangsa seterusnya membawa mangsa turun ke Timpohon Gate menggunakan pengusung,” katanya.

Namun mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia…

Individu berkewarganegaraan Malaysia itu seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut manakala operasi ditamatkan pada jam 4.30 petang.