Lelaki Patah Kaki Dalam Kemalangan Dua Kenderaan di Tenom

Lelaki Patah Kaki Dalam Kemalangan Dua Kenderaan di Tenom

0
SHARE

TENOM: Seorang lelaki berusia 22 tahun patah kaki manakala seorang lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Tsi Sin, Tenom malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 8.41 malam itu melibatkan sebuah Toyota Double Cab dan sebuah Proton Wira.

Komander Operasi, PBK I Shahril Sulaiman dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian balai sebelum sebuah jentera FRT bersama lima anggota digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira satu kilometer dari balai.

“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati pemandu Proton Wira berusia 22 tahun mengalami kecederaan patah kaki.

“Mangsa diberi rawatan awal oleh pasukan bomba sebelum diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dibawa ke Hospital Tenom.

“Pemandu Toyota Double Cab berusia 18 tahun pula mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan kami,” katanya.

Operasi turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KKM, dan ditamatkan pada jam 9.34 malam selepas pasukan mengesahkan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian.