KOTA KINABALU, SABAH – Seorang lelaki rebah dan meninggal dunia semasa berjoging berhampiran Kompleks Sukan Likas pagi kelmarin.
Polis mengenal pasti identiti mangsa sebagai Hasmin Usup, 55, dalam insiden 6.30 pagi itu.
Menyedari hal itu, pengunjung yang lain di kawasan tempat letak kereta kompleks membuat panggilan kecemasan MERS 999.
Ketua Polis Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah, berkata pasukan paramedik dari Hospital Queen Elizabeth II mengesahkan kematian mangsa sebaik tiba.
“Hasil siasatan di lokasi tidak menemui sebatang unsur jenayah…
“Mayat mangsa telah dibawa ke bahagian forensik Hospital Queen Elizabeth untuk ujian COVID-19 dan seterusnya pembedahan siasat bagi memastikan punca kematian beliau,” katanya kepada media.