‘Taufan Ida’ Punca Seekor Lembu Terperangkap Di Atas Pokok

‘Taufan Ida’ Punca Seekor Lembu Terperangkap Di Atas Pokok

0
SHARE
Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan 'chainsaw' untuk memotong dahan pokok bagi membebaskan seekor lembu terperangkap di atas pokok selepas 'Taufan Ida' melanda Louisiana... (Sumber Foto: Facebook Pentadbiran St.Bernard Parish)

NEW ORLEANS, LOUISIANA – ‘Taufan Ida’ yang melanda negeri ini menyebabkan beberapa kawasan telah ditenggelami banjir yang teruk.

Lebih mengejutkan, Sky News melaporkan bahawa kesan ‘Taufan Ida’ itu menyebabkan seekor lembu terperangkap di atas sebatang pokok yang ditenggelami banjir berhampiran Lebuh Raya Florissant di Lousiana.

Susualan daripada itu, Pentadbiran St.Bernard Parish dalam satu hantaran pada laman media sosial Faccebook memaklumkan sebuah pasukan menyelamat yang terdiri daripada pekerjanya yler Acosta, David Palmer dan Roy Ragan Sr bekerjasama dengan orang ramai untuk membebaskan serta menyelamatkan lembu itu yang terperangkap di atas pokok tersebut.

Pasukan tersebut terpaksa menggunakan gergaji rantai (chainsaw) untuk memotong dahan pokok dan menurunkan serta membebaskan lembu itu.

Setakat malam semalam, Lebuh Raya Florissant Highway masih ditutup selepas ditenggelami air yang dalam akibat ‘Taufan Ida’.