Lil J Mendedahkan Jiwanya dengan YonnyBoii Melalui ‘Jual Jiwa’

Lil J Mendedahkan Jiwanya dengan YonnyBoii Melalui ‘Jual Jiwa’

0
SHARE
Lil j
Penyanyi rap tempatan, Lil J

KUALA LUMPUR,  – Mencipta nama dalam industri hip-hop tempatan bukanlah sesuatu yang mudah.

Dengan begitu banyak persaingan di pentas yang sama, penyanyi rap tempatan, Lil J bertekad untuk memberikan impak yang lebih besar.

Untuk membuktikan ketekunannya, bintang yang sedang meningkat naik ini kembali dengan single baharu bertajuk ‘Jual Jiwa’ yang dihasilkan bersama senior hip-hop dan pemenang anugerah, Yonnyboii.

Lil J berkata bahawa menulis lagu ini berdasarkan perjalanan hidupnya sendiri dalam
industri muzik.

“Saya mula menulis korus dan sebenarnya saya telah menulis korus tersebut dalam bahasa Inggeris terlebih dahulu, tetapi apabila saya menukarnya ke bahasa Melayu, ia tampak lebih selaras dengan situasi hidup saya dan perjalanan yang telah saya lalui sepanjang kerjaya muzik saya.

“Lagu ini seolah lebih sempurna apabila saya menukarnya ke Bahasa Malaysia. Ia
menggambarkan diri saya yang sebenar dan sarat dengan unsur muzik jalanan yang sentiasa saya banggakan sejak kecil,” jelas Lil J mengenai lagu tersebut.

“Dalam dunia yang sangat pantas ini, semua orang sedang berjuang, dan semua orang perlu mengorbankan sebahagian daripadamdiri mereka untuk bertahan, tetapi saya tidak pernah menjadi orang yang menyerah kepada
kebiasaan, saya sentiasa melawan.

“Kadang-kadang, lebih baik untuk menonjol daripada hanya menjadi sama,” tambah Lil J mengenai inspirasi di sebalik lagu tersebut.

Lagu ini juga disertakan dengan video muzik yang cukup mengagumkan yang diarahkan oleh
Andrew dan dihasilkan oleh Dick Wai.

Lil J berharap usahanya kali ini akan diterima baik oleh pengikut setianya.

“Saya hanya berharap untuk mendapatkan sokongan dan kasih sayang daripada pendengar, terutamanya peminat saya. Ini adalah satu pelancaran yang telah saya simpan selama hampir setahun dan saya ingin melihat bagaimana mereka menerimanya.

“Saya tahu dalam hati saya bahawa lagu ini adalah sebuah hit. Kini sudah tiba masanya untuk pendengar menikmati lagu ini,” katanya.