PETALING JAYA – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada 3 petang Ahad mengeluarkan notis banjir kilat yang bakal melanda lima daerah di Sabah pada Isnin (esok).
Daerah terbabit ialah Kota Marudu, Kudat, Pitas, Sandakan dan Paitan.
JPS berkata, kawasan itu dikenal pasti berdasarkan lokasi hotspot yang berisiko dilanda banjir kilat.
Ramalan itu berdasarkan maklumat Jabatan Meteorologi (METMalaysia), sistem Southeastern AsiaOceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS.
Menurutnya, notis kesiapsiagaan itu dikeluarkan bagi membolehkan penduduk di kawasan berisiko berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlaku banjir kilat.





