Lima Lagi RUU Syariah Dilulus DUN Sabah

Lima Lagi RUU Syariah Dilulus DUN Sabah

0
SHARE
Arifin
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif merangkap Exco Agama dan Exco Pendidikan Negeri Sabah ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Lima lagi rang undang-undang (RUU) berkaitan bidang syariah dilulus dalam Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri yang Ke-16, semalam.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohd. Ariffin Mohd Arif selaku menteri bertanggungjawab membentangkan kelima-lima rang undang-undang yang kemudiannya diluluskan sebulat suara di dalam Dewan Persidangan DUN Sabah.

Antara RUU yang diluluskan ialah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2004, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2004, Enakmen Zakat dan Fitrah 1993, Enakmen Wakaf (Negeri Sabah) 2018 serta Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995.

Terdahulu dalam sesi Pertanyaan-pertanyaan Untuk Jawapan Lisan yang dikendalikan oleh Timbalan Speaker DUN, Datuk Al Hambra Juhar, sebanyak 10 soalan dijawab oleh Menteri-menteri serta Pembantu Menteri di kementerian masing-masing.

Setelah tiga hari bersidang, mesyuarat ditangguhkan oleh Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya pada jam 1.28 petang. — JABATAN PENERANGAN SABAH