KOTA KINABALU, SABAH – Lima buah rumah di Blok 1 Skim Penempatan Telipok sini ranap selepas berlakunya tanah runtuh ekoran hujan lebat semalam.
Pihak Bomba Sabah menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada jam 6 pagi tadi.
“Pemilik rumah dinasihati untuk mengosongkan kawasan tersebut dan berpindah ke tempat selamat kerana pegerakan tanah masih berlaku serta keadaan cuaca yang masih hujan…

“Tiada mangsa terlibat dilaporkan dan operasi ditamatkan pada jam 7.16 pagi,” lapor Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.
Katanya lagi, pihak Jabatan Kerja Raya setakat jam 10 pagi tadi masih gagal dihubungi.





