KOTA KINABALU, SABAH – Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Chan Foong Hin mengadakan Lawatan Kerja Rasmi seterusnya menyempurnakan Program Jiwa Murni bersama Nelayan di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah hari ini.
Turut hadir adalah Pengarah Pembangunan Masyarakat & Pertubuhan Nelayan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Hamdan Mamat, Pengarah LKIM Negeri Sabah, Mohd Jamil Abdullah serta pegawai dan kakitangan LKIM.
Dalam lawatan tersebut, Chan Foong Hin telah menyerahkan cek bernilai RM100,000 kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kota Kinabalu sebagai bantuan pembinaan Jeti Kampung Lobong separa konkrit untuk manfaat lebih 350 orang penduduk Kampung Lobong.
Dalam lawatan kerja yang sama juga, Chan Foong Hin turut menyerahkan bantuan sebanyak RM10,000 menggunakan peruntukan Tabung Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan serta bakul makanan kepada enam orang nelayan Pulau Gaya yang terjejas akibat kejadian ribut baru-baru ini.