MAJORITI RAKYAT MALAYSIA KECAM ZAHID HAMIDI CADANG BUBAR PARLIMEN UNTUK SELAMATKAN EKONOMI...

MAJORITI RAKYAT MALAYSIA KECAM ZAHID HAMIDI CADANG BUBAR PARLIMEN UNTUK SELAMATKAN EKONOMI MALAYSIA

0
SHARE

KUALA LUMPUR – “UMNO kini semakin GILA”, ini di antara luahan hati sebahagian rakyat Malaysia yang menolak cadangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi agar Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 segerakan diadakan kononnya bagi tujuan memulihkan ekonomi di Malaysia.

Komen daripada netizen berhubung kenyataan Presiden UMNO yang inginkan PRU-15 diadakan ketika negara masih dilanda pandemik COVID-19…

Presiden UMNO dalam satu kenyataan ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Sayap/Bahagian Bagan Datuk, pada Ahad berkata, UMNO mahu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan dengan segera bagi memastikan pembentukan kerajaan baharu yang memperolehi mandat rakyat.

Zahid Hamidi turut berkata “Lebih 30 negara mengadakan pilihan raya ketika COVID-19 melanda negara (jadi) kenapa Malaysia saja takut… takut COVID ke takut benda lain?”

Penganalisis Politik Bebas Syihab Al-Hadi ketika diminta mengulas kenyataan Zahid Hamidi pula berkata: “Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah jelas belum mampu menyedarkan dan tidak membuka mata pemimpin-pemimpin UMNO, malahan mereka dilihat terus berpolitik tanpa memikirkan masalah rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 termasuklah masalah banjir yang berlaku di beberapa negeri ketika ini.

“Umum mengetahui ledakan gelombang ke-3 COVID-19 di Malaysia ketika ini adalah berpunca daripada PRN ke-16 di Sabah, justeru alasan mengadakan PRU ke-15 untuk memulihkan ekonomi jelas terlalu lemah.”

Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Kali ke-16 Sabah yang diadakan pada 26 September 2020 yang lalu…(Sumber Foto:SPR)

Tambah Syihab, “Kenapa Zahid termasuk pimpinan UMNO tidak memikirkan nyawa rakyat Malaysia?. Selepas berakhirnya PRN Sabah, hampir setiap hari rakyat Malaysia ada yang terkorban akibat COVID-19, malahan bayi yang tidak berdosa turut menjadi mangsa. Terkini rakyat Malaysia termasuk orang asing yang telah dijangkiti oleh virus ini berjumlah 120,818 kes, malahan trend ini dilihat semakin terus meningkat.

“Sebagai contoh lihat sahaja kes politik di Perak, beberapa hari sebelum pembentangan belanjawan negeri diumumkan, pimpinan UMNO Perak sempat lagi gulingkan Menteri Besar dari Parti Bersatu, maknanya pimpinan UMNO sekarang ini dilihat semakin jauh dari landasan mahu membantu rakyat, sebaliknya rakyat akan menilai UMNO ketika ini hanya berjuang untuk memenuhi kepentingan pimpinan mereka.

“Secara peribadi saya memuji gaya kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana langsung tidak pernah mengulas berkaitan politik, malahan pendekatan mendiamkan diri walaupun berterusan diserang dan mendapat tekanan bukan sahaja dari pimpinan UMNO tetapi juga dari PKR, DAP dan Amanah…

“Terdapat juga maklumat adanya pimpinan UMNO mengarahkan ahli UMNO untuk berterusan menyerang Tan Sri Muhyiddin dan ini boleh dilihat secara jelas melalui akaun Facebook rasmi milik Perdana Menteri tersebut.

“Tan Sri Muhyiddin begitu fokus membantu rakyat Malaysia walaupun dalam keadaan ekonomiĀ  yang tidak baik dan rakyat ketika ini dilihat secara umumnya menyokong penuh kepimpinan beliau,” Shihab berkata lagi

Dalam pada itu, hasil pungutan suara yang telah dibuat oleh Astro Awani meliputi Twitter, Telegram dan YouTube jelas menunjukkan sejumlah 44,948 responden meliputi 60 peratus (60%) menyatakan tidak bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh Ahmad Zahid itu.

Hasil undian yang djjalankan oleh Astro mendapati 60% responden menyatakan tidak bersetuju cadangan Zahid Hamidi untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) kali ke-15 kononnya untuk memulihkan ekonomi Malaysia…(Foto ihsan daripada Astro Awani)

Keseluruhan 74,699 responden telah mengundi dan hanya 18 peratus (18%) iaitu bersamaan 13,123 responden sahaja memilih bersetuju dengan cadangan Ahmad Zahid itu.

Berikut adalah beberapa komen oleh rakyat Malaysia melalui aplikasi Twitter dan Facebook: