Masih Ada Guru Yang Enggan Menerima Vaksin COVID-19 Di Johor Bahru

Masih Ada Guru Yang Enggan Menerima Vaksin COVID-19 Di Johor Bahru

0
SHARE

JOHOR BAHRU – Seramai 200 guru dalam negeri ini tanpa masalah kesihatan masih enggan menerima sebarang suntikan vaksin COVID-19

Memetik laporan Sinar Harian, Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Negeri Johor, Mazlan Bujan berkata mereka daripada jumlah 563 guru yang menolak langkah kesihatan tersebut.

“Bagaimanapun majoriti guru wanita menolak vaksin kerana sedang mengandung dan bimbang menjejaskan kandungan tetapi mereka bukannya anti vaksin…

“Kita menyerahkan perkara berkenaan kepada Kementerian Pendidikan untuk sebarang tindakan,” katanya.

Pendekatan berhemah dengan memberi penjelasan berkenaan vaksinasi akan terus dilakukan kata Mazlan.

Pada bulan lepas Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) mendedahkan seramai 779 guru di Johor dilaporkan menolak untuk divaksin atas alasan risau dengan kesan sampingan.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini telah bertemu dengan segelintir mereka pada 27 Ogos lalu di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, bagi mencari penyelesaian.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini telah bertemu dengan segelintir guru yang enggan divaksin pada 27 Ogos lalu di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan…(Sumber Foto: Facebook rasmi HRH Crown Prince of Johor)

Mazlan berkata pertemuan tersebut telah menampakkan kesan yang baik.