Sambutan Hari Malaysia Tampil Semangat Kekitaan

Sambutan Hari Malaysia Tampil Semangat Kekitaan

0
SHARE
Fahmi
Suasana ketika sesi rakan berlangsung ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Acara Sambutan Hari Malaysia 2024 mengambil semangat kekitaan dalam keluarga besar Malaysia.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, sambutan berkenaan penting untuk diraikan bagi mengingati 16 September 1963.

“Acara sambutan Hari Malaysia yang kita rotate tuan rumahnya, tahun lalu di Kuching, tahun ini di Sabah mengambil semangat kekitaan dalam keluarga besar negara Malaysia.

“Beza konsep sambutan, pada Hari Kebangsaan kita akan lihat perarakan dengan aset-aset ketenteraan dan sebagainya.

“Tapi malam ini antara detik yang sangat berharga, sangat signifikan dan bersejarah adalah ketika buku yang akan ditandatangani oleh Perdana Menteri Malaysia, Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah.

“Itulah buku yang ditandatangani oleh bapa-bapa Malaysia pada tahun 1963 itu sendiri, buku yang dibawa khas, dijaga oleh Arkib Negara dan itulah bagi saya detik paling istimewa acara pada malam ini,” katanya ketika ditemubual semasa rakaman program Kami Bah Ini! (KBI) di Padang Merdeka, pada Isnin.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berkata, Sabah akan berusaha memberikan yang terbaik sebagai tuan rumah sambutan Hari Malaysia tahun ini.

“Tahun ini Sabah Negeri Di Bawah Bayu dipilih sebagai tuan rumah dan ini merupakan tanggungjawab besar kerana turut melibatkan Semenanjung dan Sarawak.

“Saya rasa gembira dan teruja dan akan memberikan yang terbaik pada tahun ini sebagai tuan rumah,” ujarnya.

Program berkenaan dikendalikan oleh Hos Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Sabah, Jovenea Jim dan Leolarry Lajius. — JABATAN PENERANGAN SABAH