COVID-19: SABAH MASIH TERTINGGI DENGAN 578 DARIPADA 847 KES, WUJUD LAGI 6...

COVID-19: SABAH MASIH TERTINGGI DENGAN 578 DARIPADA 847 KES, WUJUD LAGI 6 KLUSTER BAHARU HARI INI

0
SHARE

KUALA LUMPUR – SABAH masih kekal mencatatkan angka tertinggi kes baharu positif COVID-19 di Malaysia selepas merekodkan 578 KES daripada 847 KES harian yang dilaporkan hari ini, demikian yang dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi.

KKM turut memaklumkan bahawa terdapat lagi kewujudan enam (6) kluster baharu hari ini iaitu; Kluster Tinusa (Sabah), Kluster Sauh (Sabah), Kluster Jambu (Selangor), Kluster Sofi (Negeri Sembilan), Kluster Umboo (Melaka) dan Kluster Bah Mutiara (Kuala Lumpur).

Kes sembuh yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 486 KES pesakit telah sembuh hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 15,417 kes (64.77%).

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 23,804 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 8,183 kes.

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia setakat 22 Oktober 2020…(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

DARIPADA 847 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, terdapat lima (5) KES IMPORT dilaporkan dan SEMUA 842 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Menurut laporan itu juga, sebanyak 90 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 29 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

KKM dengan dukacita memaklumkan terdapat lima (5) lagi kes kematian direkodkan hari ini yang mana 4 kes dilaporkan daripada Sabah (Kota Kinabalu, Tuaran & Sandakan) dan 1 kes di Kuala Lumpur, ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 204 kes (0.9%).

Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM…

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SABAH masih mencatat kes tertinggi hari ini (22 Okt) sebanyak 578 KES daripada keseluruhan 847 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)