Polis Bertegas Di SJR, “Encik Nak Kompaun Atau U-Turn”

Polis Bertegas Di SJR, “Encik Nak Kompaun Atau U-Turn”

0
SHARE

PENAMPANG, SABAH – Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Haris Hj Ibrahim beri dua pilihan sama ada hendak diberikan kompau atau berpatah balik (u-turn) kepada individu yang melalui sekatan jalan raya.

Beliau yang hadir dan turun padang  bersama petugas-petugas sekatan jalan jalan raya (SJR) Jalan Papar Lama, di sini, kelmarin petang bertegas dengan salah seorang individu berkata “Encik nak kompaun atau ‘u-turn’” kepada seorang individu yang diarahkan untuk berpatah balik apabila membuat pergerakan rentas daerah atas tujuan peribadi

DSP Mohd Haris ketika dalam sesi lawatan itu berkata, walaupun polis ada budi bicara dalam menjalankan tugas tetapi ianya tidak bermaksud untuk membelakangkan undang-undang yang telah dikuatkuasakan.

Sumber Foto; Ihsan daripada IPD Polis Penampang…

“Walaupun hampir tiga minggu PKPB dilaksanakan di Daerah Penampang, masih terdapat individu yang tidak jelas dengan SOP PKPB semasa, sebagai contoh ada yang masih membuat pergerakan rentas daerah semata-mata ingin membeli makanan. Polis tidak akan berkompromi dengan perihal sebegini,” ulas beliau.

Namun yang demikian, beliau juga turut memuji sikap warga Penampang yang patuh SOP PKPB berdasarkan jumlah pematuhan yang tinggi sejak ianya dikuatkuasakan.

Beliau memberi ingatan kepada orang awam bahawa hanya pergerakan essential services dan mempunyai kebenaran polis sahaja yang dibenarkan untuk rentas daerah.

Dalam sesi lawatan tersebut beliau turut meluangkan masa melawat pusat kuarantin pesakit COVID-19 dan juga Pos -Pos Statik dan Pasaraya Survey di Penampang.

Antara intipati lawatan kali ini selain dari melihat sendiri pematuhan orang awam DSP Mohd Haris juga memastikan kebajikan setiap petugas di lapangan terjaga dan disiplin sentiasa dititikberatkan.

Turut bersama ketika sesi lawatan tersebut ialah, Ketua Balai Polis Penampang, ASP Mohammadiah Sani dan Ketua Bahagian Integriti dan Pemantuhan Standard (BIPS) / Insp Pelesenan IPD Penampang, Inspektor Arisanti Aziz.

Sumber Foto; Ihsan daripada IPD Polis Penampang…
Polis Daerah Penampang turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Cawangan Kebajikan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di atas pemberian sumbangan makanan kepada petugas-petugas SJR.