Pos Malaysia, Japen Sabah Perkukuh Kerjasama Strategik

Pos Malaysia, Japen Sabah Perkukuh Kerjasama Strategik

0
SHARE
Japen
Jainisah (kiri) mengalu-alukan kedatangan Bong ke Japen Sabah (kanan) - ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH : Pejabat Pos Malaysia, Negeri Sabah dan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), Negeri Sabah akan memperkukuhkan kerjasama strategik.

Pengurus Besar Negeri Malaysia Timur Pos Malaysia Berhad, Bong Tung Hui berkata pihaknya akan berkolaborasi bersama JaPen Sabah yang mempunyai pelbagai program outreach mendekati masyarakat.

Bong dilantik sebagai Pengurus Besar Negeri Malaysia Timur Pos Malaysia Berhad pada 11 Disember 2023 menggantikan Suder Maje yang bersara.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Media dan Komunikasi Korporat , Peter Tong Ah Pin, Ketua Penolong Pengarah Media Siber, Geraldine Voo Yee Wen, Ketua Penolong Pengarah Komunikasi Visual dan Seni Reka Razif Chek Hashim dan Pengarah Operasi Negeri, Perais Tiying. — JABATAN PENERANGAN SABAH