Polis Penampang Jejak Tiga Saksi Penting Kes Bunuh, Minta Kerjasama Orang Awam

Polis Penampang Jejak Tiga Saksi Penting Kes Bunuh, Minta Kerjasama Orang Awam

0
SHARE

PENAMPANG: Polis Daerah Penampang sedang mengesan tiga individu bagi membantu memberikan keterangan sebagai saksi dalam satu perbicaraan kes bunuh yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Jenayah 2, Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, ketiga-tiga saksi tersebut diperlukan berhubung kes bersabit laporan polis Penampang No. 11574/2023 yang kini dibicarakan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Saksi pertama dikenal pasti sebagai Suriana Binti Kassim (No. KPT: 830806-12-5076) beralamat di Kg Tanjung Aru Baru, Kota Kinabalu.

“Saksi kedua ialah Ibno Hashim Bin Leman (No. KPT: IP-12011-22497 [IMM 13]) beralamat di Kg Likas, Kota Kinabalu.

“Saksi ketiga pula ialah Sharif Abdul Kadir Bin Abdul Moin (No. KPT: 900303-12-7011) yang turut beralamat di Kg Likas, Kota Kinabalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurut beliau, kehadiran ketiga-tiga saksi ini amat penting untuk melengkapkan proses keterangan dalam perbicaraan yang sedang dijalankan.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai lokasi individu terbabit diminta segera menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan IPD Penampang, ASP Andi Ma’mur Halwati di talian 019-5853918.