KOTA KINABALU, SABAH – Polis Daerah Kota Kinabalu meminta bantuan orang ramai bagi mencari waris mayat seorang lelaki yang ditemui di Tapak Lama Perkhemahan Pantai 2 Tanjung Aru.
Mangsa Juani Wasi, 39, ditemui pada Ahad lalu (8 Okt) tanpa dokumen pengenalan diri, namun hasil semakan padanan jari berjaya mengenal pasti identiti mangsa.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supt Kalsom Idris berkata tiada sebarang kecederaan ditemui pada tubuh badan mangsa.
“Pemeriksaan polis juga mendapati tisda sebarang kesan pergelutan atau tanda-tanda jenayah.
“Kes disiasat sebagai kes kematian mengejut.
“Polis Kota Kinabalu memohon kerjasama orang ramai yang mengenali penama untuk menghubungi balai polis berhampiran atau Timbalan Ketua Polis Balai Tg Aru Pegawai Penyiasat Sjn Mohd Sukur Mahmud di talian 019-5637151,” katanya.






