Hujan Berterusan Selama Dua Hari Bermula Selasa Ini

Hujan Berterusan Selama Dua Hari Bermula Selasa Ini

0
SHARE
Gambar Hiasan...

KUALA LUMPUR – Hujan berterusan dijangka berlaku di Sabah selama dua hari bermula Selasa, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Met Malaysia dalam kenyataan amaran peringkat waspada itu memaklumkan bahagian Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat akan mengalami hujan berterusan bermula Selasa.

Sementara itu, keadaan cuaca sama akan melanda bahagian Pantai Barat Sabah pada Rabu, 9 Mac.