KOTA KINABALU, SABAH – Sabah meneruskan trend penurunan jangkitan baharu dengan catatan 1,235 KES hari ini iaitu penurunan 280 kes berbanding semalam.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata sebanyak 21 daerah mencatatkan penurunan jumlah kes hari ini.
“Walau bagaimanapun, beberapa daerah terus merekodkan bilangan kes baharu yang lebih tinggi berbanding sebelumnya termasuk daerah Papar yang mencatat 141 kes baharu (+54)…
“Papar juga menjadi penyumbang kes kedua tertinggi selepas Kota Kinabalu dan 72 peratus daripada kes tersebut adalah melalui jangkitan sporadik,” katanya dalam rumusan harian.
Katanya lagi, peratusan kes simptomatik yang berpunca daripada jangkitan sporadik kekal tinggi, iaitu 65 peratus daripada keseluruhan kes baharu di Sabah hari ini.
“Keadaan ini dapat dilihat dengan jelas apabila 22 daripada 27 daerah di Sabah merekodkan kes simptomatik (bergejala) sebagai kategori tertinggi kes baharu di daerah-daerah berkenaan,” katanya.
“Jangkitan sporadik mudah berlaku dan merebak dengan cepat. Atas faktor inilah maka perlunya semua golongan masyarakat mematuhi semua SOP secara serius bagi mengekang penularan virus dalam komuniti,” tegasnya.
Masing-masing lima (5) pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 3 dan 4 dan empat (4) kes dalam Kategori 5.*
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (07 Mac 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 352 (479)
Papar – 141 (87)
Penampang – 128 (103)
Tuaran – 117 (133)
Beaufort – 49 (32)
Tawau – 46 (68)
Keningau – 44 (76)
Sipitang – 41 (37)
Kota Marudu – 33 (64)
Tambunan – 29 (41)
Kota Belud – 27 (49)
Kuala Penyu – 26 (45)
Lahad Datu – 26 (24)
Sandakan – 25 (43)
Tenom – 25 (38)
Ranau – 18 (30)
Kudat – 17 (32)
Putatan – 14 (28)
Pitas – 13 (23)
Telupid – 11 (12)
Nabawan – 11 (18)
Kalabakan – 11 (1)
Kinabatangan – 10 (12)
Beluran – 8 (18)
Tongod – 8 (12)
Kunak – 3 (4)
Semporna – 2 (6)