KM HAJIJI UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA TUN ABDUL TAIB MAHMUD

KM HAJIJI UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA TUN ABDUL TAIB MAHMUD

0
SHARE
Taib
Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ( Sumber Foto: Gambar carian Google )

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia di Kuala Lumpur, pagi tadi.

Hajiji menyifatkan Tun Abdul Taib yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak, sebagai seorang tokoh yang banyak berjasa untuk rakyat Sarawak dan pembangunan negeri itu.

“Takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga Allah SWT mencucuri rahmat kebatas roh Allahyarham.

“Jasa beliau kepada Sarawak amat besar dan ini adalah satu kehilangan besar kepada rakyat dan negeri Sarawak,” katanya dalam satu kenyataannya di sini hari ini.