Pusat Jahitan Komuniti Penampang Terbuka Kepada Orang Awam

Pusat Jahitan Komuniti Penampang Terbuka Kepada Orang Awam

0
SHARE
Jennie
Jannie (duduk) melihat mesin jahit Pusat Jahitan Komuniti Penampang digunakan ( Sumber Foto: Ihsan pejabat ADUN Kapayan )

PENAMPANG, SABAH – Sebanyak enam mesin jahit dan sebuah mesin jahit sulam automatik telah disumbangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan Jannie kepada Pusat Jahitan Komuniti Penampang yang bertempat di Buhavan Square, Donggongon.

Perasmian pembukaan Pusat Jahitan tersebut berlangsung pada pagi Selasa.

“Pusat Jahitan Komuniti Penampang ini memfokuskan kepada penyediaan kemudahan mesin jahit kepada komuniti bagi kegunaan untuk mempraktikan dan meningkatkan kemahiran menjahit.

“Semoga ia dapat membantu menjadikan seni jahitan sebagai satu punca pendapatan bagi wanita dan lelaki yang beminat,” kata Jannie.

Pusat Jahitan Komuniti tersebut akan beroperasi setiap hari, pagi sehingga petang.

“Saya faham bukan semua keluarga boleh membeli sebuah mesin jahit, jadi dengan adanya fasiliti ini dan dengan bayaran hanya RM5.00 sejam, masyarakat boleh mempunyai akses kepada penggunaan mesin di pusat ini.

“Saya telah mengesyorkan agar membuka pusat jahitan tersebut pada Sabtu dan Ahad untuk membolehkan lebih ramai pelajar dan pekerja kerajaan dan swasta mendapat peluang belajar atau mengunakan mesin jahit tersebut, sama ada untuk sendirian atau perniagaan.

“Pusat tersebut terbuka kepada semua yang berminat. Kami juga mengalu-alukan organisasi, sektor swasta, sekolah atau NGO yang ingin mengadakan kursus menjahit untuk membuat tempahan.

“Saya sangat berterima kasih kepada pihak Epal iaitu Pusat Latihan Kraftangan Kota Kinabalu Branch yang banyak membantu dari segi tenaga pengajar, inspirasi pembukaan pusat jahitan ini dan pemberian percuma bahan-bahan jahitan,” katanya.

Jannie mengalu-alukan semua yang berminat dalam seni jahitan supaya membuat tempahan tempat atau masa belajar menjahit untuk terus menghubungi Paulin Lasimbang di talian 016-8084577.