Remaja 19 Tahun Kahwini Veteran Polis Tentera Berusia 61 Tahun

Remaja 19 Tahun Kahwini Veteran Polis Tentera Berusia 61 Tahun

0
SHARE
Audrey Cheyanne-Smiley Moon yang berusia 19 tahun mengahwini suaminya, Kevin yang berusia 61 tahun yang mana merupakan seorang veteran polis tentera...

AMERIKA SYARIKAT – Seorang anggota polis tentera yang berusia 19 tahun di sini berkahwin dengan dengan suaminya yang berusia 61 tahun menjadi tular baru-baru ini.

Audrey Cheyanne-Smiley Moon mengahwini suaminya yang 42 tahun lebih tua daripadanya terjadi selepas kedua-dua mereka saling mengenali melalui satu aplikasi pacaran pada Januari tahun lalu.

Memetik laporan akhbar tempatan metro UK, Audrey menjelaskan dia telah tertarik dengan Kevin melalui biodata pada aplikasi tersebut yang menyatakan suaminya itu merupakan veteran polis tentera.

Selepas beberapa bulan berkenalan  di alam maya, mereka berpacaran secara rasmi dan bertemu buat pertama kali pada Julai tahun lalu sebelum melangsungkan perkahwinan pada 1 Ogos lalu di Nevada.

“Saya teruja dan gementar untuk bertemu dengannya…

“Kevin memulakan langkah dalam memikat saya. Kami berdua bersetuju bahawa ini merupakan cinta pandang pertama,” kata Audrey.

Melalui perkongsian Audrey, pasangan itu pada mulanya terpaksa merahsiakan hubungan mereka kerana usia Kevin bukan sahaja lebih tua daripadanya, malah lebih berusia berbanding ibu dan bapa Audrey.

“Keluarga saya pada mulanya amat menentang hubungan ini dan apabila saya pulang ke rumah, saya terkejut melihat polis sedang menunggu di luar…

“Ia amat menakutkan namun selepas mengenali Kevin, mereka mula menyukainya,” kata Audrey.