Sumber Foto; Ihsan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort...
BEAUFORT, SABAH – Seorang pemandu traktor maut apabila kenderaan jenis berat yang dipandunya itu terbabas dan terbalik ke dalam parit dalam kejadian di Kampung Luagan Rampang, di sini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah yang dihubungi pemberita berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.50 petang berhubung kejadian itu.
Menurutnya, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort bersama jentera dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 25 kilometer.
“Menurut Komander Operasi, kemalangan membabitkan Traktor jenis Kobuto yang gagal dikawal sehingga terbabas sendiri masuk ke longkang…
Sumber Foto; Ihsan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort…Sumber Foto; Ihsan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort…
“Seorang mangsa lelaki tersepit berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi kejadian,”katanya lagi.
Pada masa yang sama, Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Azmir Abdul Razak berkata dalam kejadian pukul 3.40 petang semalam (Rabu), mangsa Abdul Hamid Rajja, 59, yang dihempap oleh traktor berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat cedera parah pada bahagian kepala.
“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mangsa sedang melakukan kerja-kerja memunggah buah kelapa sawit di ladangnya menggunakan sebuah traktor…
“Apabila tiba di lokasi kejadian semasa mangsa melintasi sebatang parit kecil, traktor yang dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu tergelincir dan terbalik sebelum mangsa dihempap oleh traktor tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sumber Foto; Ihsan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort…
Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati punca kemalangan adalah disebabkan mangsa gagal mengawal pergerakan kenderaan dengan baik sehingga menyebabkan kemalangan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tambahnya lagi.