Masih Sempat Cuti Dua Minggu – Hajiji Bagi Bayangan Bubar DUN

Masih Sempat Cuti Dua Minggu – Hajiji Bagi Bayangan Bubar DUN

0
SHARE

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor memberi bayangan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah mungkin dibubarkan dalam masa terdekat, namun tidak mendedahkan tarikh sebenar.

Bercakap kepada Sinar Harian, Hajiji berseloroh bahawa wartawan masih sempat untuk bercuti sebelum sebarang pengumuman dibuat.

“Belum bubar lagi… kamu masih boleh cuti seminggu dua,” katanya memetik Malay Mail selepas merasmikan majlis pecah tanah kampus Akademi Binaan Malaysia (ABM) Sabah di Kampung Beringgis, Papar, hari ini.

Ditanya sama ada pembubaran itu akan dibuat selepas Hari Malaysia, beliau hanya menjawab:

“Tunggu saja… nanti saya panggil kamu bertiga,” katanya merujuk kepada wartawan yang hadir.

Terdahulu, Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya berkata, DUN akan terbubar secara automatik pada 11 November ini selaras dengan peruntukan Perlembagaan Negeri.