KOTA KINABALU, SABAH – Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N.18 Inanam, Datuk William Majimbon menyeru agar masyarakat sentiasa bersatu dan tidak berpecah belah.
“Saya menyeru kita terus bersatu kerana kita adalah model Keluarga Malaysia terbaik di negara ini dan jangan menjadi orang-orang yang tidak bertanggungjawab memecahbelahkan perpaduan,” katanya Program Merdeka@Komuniti DUN Inanam di Dewan Pisompuruan Desa Cinta Kobuni.
Pada majlis tersebut, suri rumah, Laura Galib, 41, Kg Tombongan menjuarai Pertandingan Deklamasi Puisi Patriotik Peringkat DUN N.18 Inanam dengan tajuk “Tanah Bangsa”.
Hadir sama, Pegawai Penerangan Daerah, Hasmawati Karodda, Ketua Daerah, Edna Majimbon dan Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Kalsom Idris.