Kunjungan Hormat SAS

Kunjungan Hormat SAS

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Persatuan Setiausaha Sabah (SAS) mengadakan kunjungan hormat kepada isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

 

Menurut Presidennya, Dk Norasimah Pg. Ahmad kunjungan tersebut bertujuan memperkenalkan barisan Jawatankuasa SAS sesi 2022/2024 yang dilantik Mac lalu dan cadangan aktiviti tahun 2023 kepada Toh Puan Norlidah selaku penaung.

Dengan keanggotaan 126 orang di negeri ini, persatuan itu komitedĀ berkongsi ilmu dan perkembangan terkini berkaitan kerjaya setiausaha dalam kalangan ahli.