KPDNHEP Letak Harga Siling Khusus Pada Produk Daging Sempena Pesta Kaamatan Dan...

KPDNHEP Letak Harga Siling Khusus Pada Produk Daging Sempena Pesta Kaamatan Dan Gawai

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – KPDNHEP meletakkan siling harga khususnya pada produk daging sepanjang sambutan perayaan Pesta Kaamatan dan Gawai nanti.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata langkah ini bagi memastikan harga barangan keperluan berpatutan selama tujuh hari bermula 27 Mei 2021 hingga 2 Jun 2021.

“Bagi Sabah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) akan berlangsung tiga hari sebelum dan selepas perayaan Kaamatan…

“Kementerian ini telah mengenal pasti sebanyak 11 jenis barangan bagi pelaksanaan Skim ini terdiri daripada ayam, telur ayam dan babi.

“Kementerian akan membuat pemeriksaan dan pemantauan di premis yang berkaitan di Labuan, Sabah dan Sarawak bagi memastikan peniaga patuh ke atas SHMMP ini.

“Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Individu yang didapati menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000; dan syarikat; boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.