KUALA LUMPUR – Penamaan calon bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ditetapkan pada 26 Februari ini, manakala pengundian ialah pada 12 Mac.
Menurut sumber, UMNO ketika ini dijangka telah menyenaraikan 56 orang calon.
MCA dan MIC dijangka menyerahkan sejumlah lima kerusi kepada UMNO selain UMNO mendapat kerusi bekas sekutunya Gerakan.
Manakala, Parti Bangsa Malaysia (PBM) turut mengumumkan calon di beberapa kerusi.
Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) yang ditubuhkan oleh mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut bertanding di 42 kerusi majoriti Melayu.
Parti Muda pula dijangka mengumumkan beberapa calon dengan kemungkinan berdepan PKR di dua kerusi dan tidak ketinggalan DAP turut mengumumkan calonnya.