JAKARTA, INDONESIA – Kekuatan gempa bumi berukuran 6.2 skala Richter yang melanda wilayah Sumatera turut turut dirasai beberapa tempat di Malysia pagi ini.
Menurut laporan CNN Indonesia, gempa yang berlaku sekitar pukul 8.39 pagi (waktu tempatan) itu terletak 17 kilometer (km) di Timur Laut Pasaman Barat, 64 km di barat laut Bukit Tinggi.
“Kedalaman gempa adalah 10 km,” kata Jabatan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG)
Menurut agensi tersebut, gempa itu tidak berpotensi menyebabkan tsunami…
Sementara itu, sebilangan penduduk di kawasan Lembah Klang menyatakan bahawa mereka turut merasai gegaran tersebut, malah ada yang bergegas keluar dari bangunan pejabat dan kediaman.





