KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah jangkitan baharu bertambah tujuh (7) kes hari ini berbanding kelmarin membawa kepada keseluruhan 29 kes.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, tidak ada perubahan yang signifikan berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu.
“Tidak ada jangkitan baharu direkodkan di 15 daerah…
“Terdapat satu (1) kes baharu di lima (5) daerah dan dua (2) kes baharu di empat (4) daerah.
“Kota Kinabalu mencatatkan jumlah jangkitan baharu yang tertinggi dengan 9 kes (+1), Kota Belud 4 (+3) dan Putatan 3 (+3),” katanya dalam laporan harian kes.
Tambahnya, walaupun jumlah keseluruhan jangkitan baharu di Sabah masih rendah, 65.5 peratus daripada kes hari ini adalah melalui jangkitan sporadik.
“Dalam keseronokan kita menyambut perayaan Aidil Fitri dan Kaamatan, adalah diharapkan agar semua lapisan masyarakat terus mematuhi saranan dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia…
“Berseronok dengan berhati-hati dan bertanggungjawab,” nasihat beliau.
Dalam pada itu, hanya dua kes baharu dilaporkan berada dalam Kategori 4.