RANAU, SABAH – Seramai 170 anggota jentera pentadbiran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang telah menerima sumbangan baju korporat.
Mereka terdiri daripada 85 orang Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JPKK) dan 85 orang Setiausaha.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr Joachim Gunsalam.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen P179 Ranau, Datuk Jonathan Yassin yang turut serta menyumbang sebahagian daripada baju korporat tersebut…
Dr Joachim menyampaikan sumbangan berkenaan kepada Pengerusi dan Setiausaha JPKK ketika majlis rumah terbuka Aidilfitri di surau As Sanusi di sini, hari ini.
Dalam majlis berkenaan, Dr Joachim berpeluang beramah mesra dengan penduduk kampung.
Turut hadir ialah Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri, Yubidi Gumpoyo; Ketua Perhubungan dan Pegawai Perhubungan Parlimen, Benedict Gunda dan Louis Sinti serta Pegawai Perhubungan Luar, Amilin Baranting; dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Dounis Sani.
“Saya berharap sumbangan baju korporat ini akan menjadi pemangkin dan motivasi kepada mereka ketika menjalankan tugas masing-masing,” kata Joachim.