Jangkitan COVID-19 Sabah Melonjak Melepasi Paras 100

Jangkitan COVID-19 Sabah Melonjak Melepasi Paras 100

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Angka jangkitan harian melonjak tinggi melepasi paras 100 apabila merekodkan 125 kes baharu hari ini.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ianya merupakan pertambahan 29 kes berbanding jumlah semalam.

“Jumlah daerah yang mencatat pertambahan kes baharu lebih banyak daripada kelmarin…

“Sebanyak 13 daerah mencatatkan peningkatan kes berbanding hanya lima (5) daerah yang merekodkan penurunan.

“Antara daerah-daerag yang mencatatkan jangkitan harian yang tinggi ialah Kota Kinabalu dengan 44 kes (+7), Penampang 24 kes (+4), Sandakan 12 kes (+6) dan Putatan 11 kes (+6),” katanya.

Katanya jangkitan sporadik masih merupakan punca utama penularan virus Covid.

Beliau berkata seramai 64 peratus (64%) pesakit hari ini adalah melalui jangkitan sporadik, yakni tidak tahu siapa dan dimana terjangkit.

“Jangkitan sporadik biasanya berlaku di kawasan yang ramai penduduk seperti pusat bandar, khususnya ditempat-tempat yang sesak…

“Peratusan pesakit melalui jangkitan sporadik di Kota Kinabalu ialah 77 peratus Putatan 72 peratus dan Penampang serta Sandakan masing-masing 66 peratus,” katanya.

Pada masa yang sama, orang ramai diingatkan sekali lagi agar berhati hati semasa berada ditempat yang sesak dan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP).

“Daerah Tawau, Semporna, Tongod, Nabawan, Kalabakan, Lahad Datu dan Kuala Penyu yang tidak mencatatkan sebarang kes pada hari sebelumnya merekodkan kes baharu hari ini manakala hanya Tenom yang kembali merekodkan sifar kes setelah mencatatkan kes jangkitan semalam…

“Ekoran daripada itu, jumlah daerah yang tidak merekodkan sebarang kes berkurang daripada 15 daerah semalam kepada hanya sembilna (9) daerah hari ini,” katanya

Hanya terdapat dua (2) kes dalam Kategori 4 dan satu (1) dalam Kategori 5 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (22 Jun 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 44 (37)
Penampang 24 (20)
Sandakan 12 (6)
Putatan 11 (5)
Tawau 6 (0)
Tuaran 5 (8)
Papar 4 (10)
Semporna 4 (0)
Beaufort 3 (1)
Keningau 2 (3)
Kota Belud 2 (3)
Ranau 1 (1)
Kalabakan 1 (0)
Kuala Penyu 1 (0)
Lahad Datu 1 (0)
Nabawan 1 (0)
Sipitang 1 (1)
Tongod 1 (0)
Beluran 0 (0)
Kinabatangan 0 (0)
Kota Marudu 0 (0)
Kudat 0 (0)
Kunak 0 (0)
Pitas 0 (0)
Tambunan 0 (0)
Telupid 0 (0)
Tenom 0 (1)