Lelaki Ditemui Maut Dalam Kemalangan Di Jalan Seguntur Sandakan

Lelaki Ditemui Maut Dalam Kemalangan Di Jalan Seguntur Sandakan

0
SHARE

SANDAKAN, SABAH – Seorang lelaki ditemui maut dalam kenderaan Proton Saga Aeroback yang dipercayai terbabas sendiri ke dalam parit di Batu 11 Jalan Seguntur di sini, pagi tadi.

Balai Bomba Penyelamat (BBP) daerah menerima panggilan kecemasan pada jam 8.04 pagi.

Pegawai Operasi, PBK II Syamzari Ganih berkata, mangsa berumur lingkungan 40an didapati dalam keadaan tersepit.

“Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan alat menyelamat…

“Mangsa disahkan meninggal dunia dilokasi oleh pegawai perubatan dan serterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Pasukan bomba mengusung mayat mangsa keluar dari kenderaan terbabit…

Operasi ditamatkan pada jam 9.19 pagi setelah menjalankan pemeriksaan di sekitar kawasan untuk memastikan tiada kemerbahayaan lain.