TAIPEI, TAIWAN – Hanya dalam masa DUA (2) minit pendaftaran baharu dibuka secara dalam talian (online) yang bermula seawal jam 10 pagi semalam, hampir 42,000 penduduk Taiwan telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin COVID-19 keluaran tempatan iaitu ‘Vaksin Medigen’.
Menurut CNA Taiwan yang memetik data penyedia perkhidmatan dalam talian, Trade-Van Information Services Co, sehingga 10.30 malam tadi, jumlah orang yang telah membuat janji temu vaksin yang dibangunkan oleh Medigen Vaccine Biologics Corp Taiwan meningkat kepada 78,279.
Janji temu pada pusingan kali ini perlu dibuat pada tengah hari Rabu dan vaksinasi dijadualkan berlangsung antara 23 dan 29 Ogos.
Permohonan kali ini juga dibuka kepada mereka yang berumur 36 tahun ke atas dan yang berumur antara 20 hingga 35 tahun, mempunyai penyakit atau kecederaan dan telah menyatakan kesediaan menerima vaksin Medigen.