Petronas Rai 130 Pengamal Media

Petronas Rai 130 Pengamal Media

0
SHARE
Petronas
Warga Petronas bersama pengamal media Sabah semasa merakamkan gambar kenangan pada majlis tersebut ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) meraikan kira-kira 130 pengamal media dalam satu majlis berbuka puasa di sini, pada Khamis.

Ketua Media Komunikasi PETRONAS, Jalina Joheng berkata selain bagi meraikan bulan Ramadan, majlis tahunan tersebut diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara syarikat dan pengamal media.

Beliau turut menzahirkan penghargaan atas sumbangan media khususnya dalam memastikan mesej syarikat dapat disampaikan dengan jelas dan tepat dan berharap kerjasama erat yang terjalin akan dapat diteruskan dari masa ke masa.

Hadir sama, Pengurus Besar Pejabat Wilayah Petronas Sabah dan Labuan, Siti Ayu Harniza Abdul Wahab, Presiden Persatuan Wartawan Sabah, Datuk Muguntan Vanar, Ketua Pengarang Utusan Borneo, Datuk Lichong Angkui dan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan Negeri Sabah, Peter Tong Ah Pin. — JABATAN PENERANGAN SABAH