Qhazanah Serah Zakat RM218,000

Qhazanah Serah Zakat RM218,000

0
SHARE
Yusof
Yusof (empat dari kiri) mengabadikan kenangan bersama rakan niaga semasa majlis Penyerahan Zakat Perniagaan ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Kumpulan Qhazanah Sabah Berhad (QSB) menyerahkan zakat perniagaan tahun 2023 dengan jumlah gabungan sebanyak RM218,143.00.

Jumlah tersebut merangkumi RM55,600.00 daripada Angkatan Hebat Sdn Bhd, RM147,943.00 daripada Common Towers Sdn Bhd dan RM77,600.00 daripada Qhazanah Sabah Berhad.

Manakala, Celcom Timur Sabah Sdn Bhd selaku syarikat bersekutu QSB turut mengisytiharkan zakat perniagaan sebanyak RM804,807.00.

Zakat tersebut diserahkan kepada Pusat Zakat Sabah (MUIS) dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim dan Pengagihan Zakat Kumpulan Qhazanah Berhad yang diadakan di sini, pada Khamis.

Pengerusi QSB, Datuk Dr Yusof Yacob berkata, majlis tersebut merupakan sebahagian program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Kumpulan Qhazanah bagi memupuk hubungan dengan pihak berkepentingan dan memperkukuhkan hubungan dengan para pemegang taruh dan komuniti setempat.

Dalam majlis berkesempatan, Yusof turut menyantuni 33 kanak-kanak dari Rumah Anak Kesayangan Sabah, Sembulan (RAKS) dan menyampaikan sumbangan RM10 ribu kepada pusat kebajikan berkenaan yang diwakili oleh ahli jawatankuasanya, Nur Sakinah Yusof.

Hadir sama, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah, Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Yahya Hussin, Timbalan Pengerusi Angkatan Hebat, Datuk Stephen Jimbangan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Qhazanah Sabah, Ahmad Rizal Dahli. — JABATAN PENERANGAN SABAH