Seorang lelaki telah mengamuk setelah beliau mendapati telefon bimbit yang baharu dibelinya di kedai elektronik bukannya ‘baharu’, tetapi sebaliknya adalah ‘Second Hand’ (terpakai).
Kejadian itu sempat dirakam oleh lelaki tersebut dan video itu telah tular di media sosial.
Menerusi video berkenaan, lelaki itu dilihat sedang memarahi pekerja kedai tersebut dan sejurus selepas itu, beliau kemudian bertindak membaling beberapa kali telefon bimbit ‘2nd hand’ tersebut ke atas lantai.
Difahamkan kejadian tersebut berlaku di kedai elektrik Sen Heng, tetapi lokasi sebenar belum dikenal pasti.
Dalam pada itu, ramai netizen menyokong tindakan lelaki tersebut sambil menggesa kedai elektronik berkenaan sepatutnya disisiasat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurut mereka lagi, mujur lelaki itu tahu untuk membezakan telefon bimbit tulen dan terpakai.
“itu sebabnya sebelum bayar, ‘make sure’ kena test dulu barang tu…
“Kalau dah puas hati barang itu sama macam yang kita nak, bayarlah. Warranty jangan lupa,” kata seorang netizen.
“Dah orang tu susah-susah kerja kumpul duit nak beli barang elok. orang bua main-main…
“Cuba orang susah yang beli, kot-kot dapat ‘2nd hand’, kesian gila orang tak dapat,” kata seorang lagi netizen.
“Aku pun pernah je kerja kedai telefon dan boss kedai aku sendiri pernah buat macam ni sebab nak untung…last-last aku resign sebab tak nak bersubahat,” kata seorang pengguna sosial media lagi.