Pemandu Van Warga Asing Ditahan, Buat Gangguan Seksual Terhadap Remaja Perempuan di...

Pemandu Van Warga Asing Ditahan, Buat Gangguan Seksual Terhadap Remaja Perempuan di Tawau

0
SHARE

TAWAU: Seorang pemandu van warga asing ditahan polis selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang remaja perempuan semasa perjalanan pulang dari sekola pada Khamis lalu.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 12.50 tengah hari apabila mangsa yang menaiki van berkenaan telah diganggu secara seksual oleh suspek lelaki yang memandu kenderaan tersebut.

Mangsa kemudian memaklumkan kejadian itu kepada ahli keluarganya sebelum tampil membuat laporan di balai polis.

Bertindak atas laporan yang diterima pada jam 3.15 petang hari yang sama, sepasukan anggota dari Balai Polis Bombalai segera menjalankan operasi mengesan suspek.

Polis berjaya menahan seorang lelaki warga asing berusia anggaran 32 tahun, selain merampas sebuah van yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

Suspek dan barang rampasan telah dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman berat sekiranya disabitkan kesalahan.