Polis Buru Tiga Suspek Kes Warga Pakistan Bergaduh Di Penampang

Polis Buru Tiga Suspek Kes Warga Pakistan Bergaduh Di Penampang

0
SHARE
Ipd
Tangkap layar rakaman pergaduhan menunjukkan mangsa dipukul sehingga terjatuh ( Sumber Foto: Tangkap layar video tular di laman media sosial )

PENAMPANG, SABAH – Polis daerah ini sedang giat memburu tiga suspek yang terlibat dalam insiden pergaduhan tular membabitkan sekumpulan warga pakistan pada Rabu.

Dua video berdurasi 0.45 saat dan satu minit 18 saat yang dimuat naik di media sosial mula tular pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Penampang, Supt Sammy Newton mengesahkan telah menerima satu laporan polis oleh mangsa kes pada 5.06 petang Khamis.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca daripada tidak puas hati oleh dua pihak.

“Kes masih dalam siasatan dan satu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya dengan sengaja.

“Hukuman memperuntukan penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika disabit kesalahan.

“Saksi kejadian diminta untuk tampil memberikan maklumat untuk membantu siasatan di balai polis berdekatan,” katanya dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan.

Beliau turut menasihatkan orang awam supaya berhenti menyebarluaskan rakaman video tersebut bagi mengelak sebarang kegusaran awam.