Korea Utara Uji Peluru Berpandu Paling Berkuasa Sejak 2017

Korea Utara Uji Peluru Berpandu Paling Berkuasa Sejak 2017

0
SHARE
Gambar pelancaran peluru balastik yang didedahkan Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) - Foto AFP...

SEOUL, KOREA SELATAN – Korea Utara telah melancarkan ujian peluru berpandu paling berkuasa mereka sejak 2017 dan ianya adalah pelancaran ketujuh dilakukan Pyonguang bulan ini.

Peluru berpandu jarak sederhana itu dikesan oleh Tentera Korea Selatan setelah ianya dilancarkan kearah timur dan jatuh di Laut Timur semalam.

Korea Utara tidak pernah menguji peluru berpandu sebanyak ini dalam sebulan, dan pada minggu lalu negara tersebut juga mengugut membatalkan moratorium kendiri untuk tidak menguji senjata nuklear atau peluru berpandu jarak jauh yang dipatuhi sejak hampir lima tahun lalu.

Difahamkan peluru berpandu balistik tersebut dianggarkan mencapai ketinggian 2,000 kilometer dan terbang sejauh 800 kilometer dalam masa setengah jam.

Kali terakhir Pyongyang menguji peluru berpandu serupa adalah pada 2017 apabila misil Hwasong-12 terbang sejauh 787 kilometer dan mencapai altitud lebih 2,111 kilometer.

Penganalisis pada masa itu berkata senjata tersebut cukup berkuasa untuk sampai ke wilayah AS di Guam…

Sementara itu Korea Utara mengaku bahwa mereka telah melancarkan peluru berpandu tersebut.

Pelancaran peluru berpandu tersebut merupakan tindak balas terhadap Amerika Syarikat (AS) yang bermusuh dengan negara itu dakwa Pyongyang.

Menurut laporan Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), ujian itu dilakukan bagi mengesahkan ketepatan, keselamatan dan keberkesanan operasi senjata jenis Hwasong-12 yang sedang dalam pengeluaran.

Ujian berkenaan dilakukan menggunakan sistem pelancaran sudut tinggi bagi memastikan keselamatan negara jiran dan kepala peledak itu turut membawa kamera untuk mengambil gambar ketika berada di ruang angkasa.