Sajat Lelong Banglo Miliknya Berharga RM9.5 Juta

Sajat Lelong Banglo Miliknya Berharga RM9.5 Juta

0
SHARE
Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamarzzaman atau dikenali ramai dengan nama Nur Sajat...

PETALING JAYA, SELANGOR – Banglo mewah milik usahawan kosmetik, Sajat yang terletak di Kota Damansara akan dilelong pada harga RM9.5 juta.

Menurut laporan Kosmo, Sajat memuat naik maklumat lelongan banglo beliau menerusi akaun Instagram miliknya dan mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk mengikuti lelongan tersebut.

Sementara itu, Sajat juga menyatakan bahawa harga banglo tersebut juga boleh dikurangkan mengikut budi bicara pihak mereka.

Bagaimanapun, tarikh lelongan tersebut belum diumumkan.

Ujarnya, pendaftaran adalah percuma bagi para pembeli dan syarat dan terma boleh dirunding.

Banglo tersebut asalnya milik usahawan Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruddin, dan Sajat membeli banglo tersebut dengan harga RM7.5 juta pada tahun 2017.

Terdahulu, harta Sajat disita selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkanya bagi menuntut pampasan sebanyak RM200,000 apabila beliau gagal membayar bekas stokis utamanya iaitu OWA Resources.

Susulan itu, dua siri lelongan telah diadakan sebelum ini dimana seorang lelaki disifatkan mendapat durian runtuh apabila memenangi sesi bidaan harta Sajat dengan nilai serendah RM42,000 sahaja.

Pada sesi lelongan pertama, harta usahawan itu menutup bidaan pada harga RM132,000, namun gagal menerima pembayaran selepas pemenangnya menghilangkan diri.