KUALA LUMPUR – Pengarah dan juga penerbit terkenal Mamat Khalid menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Slim River 12.30 pagi tadi akibat serangan jantung di Hospital Slim River, Perak.
Perkara mendukacitakan itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Seniman, Hafiz Nafiah.
Menurut Hafiz, Allahyarham difahamkan pengsan di restorannya, Sarang Art Hub sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia.
“Allahyarham pengsan di Sarang Hub, tempat dia dan dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia,” katanya.
Punca kematian tidak dapat diketahui namun difahamkan akibat serangan jantung.
Terdahulu, Allahyarham pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan selepas mengalami sesak nafas pada Oktober 2019.
Doktor kemudian mengesahkan beliau menghidap pneumonia.
Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid, 58, meninggalkan seorang isteri, Hasmah Hassan serta lima orang anak.

Selain menumpukan masanya dalam bidang perfileman, arwah juga merupakan pemilik kafe Sarang Art Hub yang dibuka di Tanjung Malim sejak 2016.
Allahyarham cukup disegani dalam dunia perfileman negara dan karya-karyanya sering pecah panggung serta memberi kesan cukup hebat kepada penonton.