Facebook Larang Sebarang Iklan Politik Menjelang Pilihan Raya AS

Facebook Larang Sebarang Iklan Politik Menjelang Pilihan Raya AS

0
SHARE

SAN FRANCISCO – Facebook akan melarang sebarang iklan politik dalam usaha menentang penyebaran maklumat yang tidak benar menjelang pilihan raya Amerika Syarikat (AS)

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark Zuckerberg memberi amaran bakal berlakunya risiko pergolakan awam selepas pilihan raya.

Gergasi media sosial itu juga berjanji akan memeriksa tuntutan kemenangan awal, dengan menyatakan sekiranya terdapat calon yang cuba mengisytiharkan dirinya sebagai pemenang sebelum kiraan undian akhir, pihaknya akan meletakkan label dan pautan bagi pengguna menyemak terus keputusan rasmi.

Facebook yang dipetik AFP berkata bahawa pihaknya juga berjanji untuk menambah label informasi pada kandungan yang dilihat cuba mendakwa bahawa kaedah pengundian yang sah akan menyebabkan penipuan.

Ketika diwawancara oleh CBS, Zuckerberg, berkata, sesiapa yang mengatakan pilihan raya akan menjadi penipuan, itu adalah sesuatu yang bermasalah.

Mark Zuckerberg…

Facebook turut mengehadkan perkhidmatan Messenger bagi membenarkan pengguna aplikasi itu menghantar mesej kepada tidak lebih lima orang atau kumpulan dalam usaha mengekang usaha pihak yang cuba menimbulkan kekacauan, kekeliruan dan menjejaskan maklumat tepat.

Usaha itu dilakukan selepas Facebook menerima kritikan terhadap cara aplikasi sosial itu menangani pemilihan Presiden 2016, yang gagal menyekat maklumat tidak benar oleh Russia yang menyebarkan teori konspirasi dan tidak menggalakkan orang ramai keluar mengundi.