Masyarakat Perlu Diterapkan Bahaya Elektrik Selepas Sabah Catat Kemalanagn Elektrik Tertinggi Di...

Masyarakat Perlu Diterapkan Bahaya Elektrik Selepas Sabah Catat Kemalanagn Elektrik Tertinggi Di Malaysia

0
SHARE

KENINGAU, SABAH – Kedudukan Sabah sebagai negeri dengan jumlah kemalangan elektrik tertinggi di Malaysia dapat berubah dengan penerapan ilmu pengetahuan tentang bahaya elektrik dalam kalangan masyarakat.

Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik berkata demikian berdasarkan statistik Suruhanjaya Tenaga (ST).

Memetik Utusan Borneo Sabah, beliau berucap pada Majlis Penutupan Program Touchpoint di Dewan Masyarakat Bingkor sini kelmarin.

Program itu bertujuan memberikan nilai tambah dalam pengetahuan dan kesedaran kepada peserta yang hadir.

“Peserta terutama ketua-ketua masyarakat yang hadir bolehlah menyampaikan ilmu dan pengetahuan yang dikongsikan dalam majlis ini kepada saudara-mara, rakan-rakan, jiran-jiran dan orang-orang di sekeliling demi kebaikan serta manfaat bersama…

“Saya juga berharap pelaksanaan kerja penyelenggaraan oleh pihak bertanggungjawab berterusan bagi memastikan pemasangan elektrik sentiasa dalam keadaan baik dan selamat,” katanya.